
OPPO Malaysia dan gedung membeli-belah atas talian Lazada bekerjasama mengadakan promosi potongan harga untuk beberapa peranti sempena menyambut 11 November, esok.

Setiap pelanggan yang membuat pembelian OPPO F5 yang berharga RM1,298 menerusi Lazada, mereka akan menerima hadiah istimewa iaitu sebuah selfie stick beserta jaminan tambahan selama enam (6) bulan bermula 11 November sehingga 13 November 2017.
Sementara untuk OPPO F1s kini diturunkan harga kepada RM698 seunit dimana ianya hanya eksklusif di Lazada. Selain itu, OPPO A77 juga mendapat potongan harga sebanyak RM300 dengan harga runcit terkini iaitu RM998 sahaja.
Jadi, jangan lepaskan peluang keemasan untuk mendapatkan telefon pintar canggih dari OPPO. Jom beli di Lazada..

