- Iklan -

Google Lancar YouTube VR Untuk Pengguna HTC Vive Di Steam

- Iklan -

Google akhirnya telah melancarkan YouTube VR di platform Steam khusus untuk pengguna HTC Vive bagi membolehkan mereka menikmati pengalaman 3D bagi setiap saluran, video dan juga creator dalam realiti maya. YouTube VR ini sudah boleh dimuat turun secara percuma di Steam dan masih dalam peringkat Early Access Game bagi tahun 2018, yang mana prestasinya akan terus dipertingkatkan dari masa ke semasa.

Memandangkan ia masih lagi dalam peringkat awal, YouTube VR ini hanya dioptimumkan penggunaannya untuk HTC Vive dan ia tidak sesuai untuk digunakan dengan set kepala VR yang lain seperti Oculus Rift mahupun Google Daydream View. Malah ada di antara pengguna yang berhadapan dengan isu untuk menggunakan YouTube VR ini berikutan isu crashed sebaik sahaja ianya dimulakan. Jadi sekiranya anda memiliki HTC Vive, bolehlah mencuba YouTube VR ini di Steam sekarang.

Sumber: TheVerge

- Iklan -

You might also like