
Jika anda sedang mencari iPhone dengan harga murah, hari ini adalah harinya! Switch, salah satu pengedar sah Apple di Malaysia telah memberikan diskaun sebanyak RM100 untuk pelbagai model lama iPhone, sempena Black Friday.
Bermula 23 hingga 25 November 2018, orang ramai boleh membeli model iPhone seperti iPhone 6, 6s Plus, 7 dan juga 7 Plus di Switch dengan tawaran harga RM100 lebih murah dari biasa. Harga iPhone tersebut selepas diskaun adalah seperti berikut:
- iPhone 6 32GB – RM999 (RM1,099)
- iPhone 6s Plus 32GB – RM1,669 (RM1,799)
- iPhone 7 32GB – RM2,099 (RM2,199)
- iPhone 7 128GB – RM2,549 (RM2,649)
- iPhone 7 Plus 32GB – RM2,649 (RM2,749)
- iPhone 7 Plus 128GB – RM3,099 (RM3,199)
Menurut Switch, diskaun ini hanya ditawarkan selama 3 hari, semua cawangan Switch seluruh negara ataupun di laman rasmi Switch, selagi stok masih ada. Kepada yang berminat, cepat dapatkannya!
#BlackFridaySALE‼️ 🏴🏴
Coming to you on 23 – 25 November!
Available at all Switch retail and online stores.Mark your calendars‼️
–
🔥Purchase online and collect offline🔥https://t.co/LTYSsSSrh0 pic.twitter.com/zXCbzV0nz8— Switch Apple Mac (@SwitchTM) November 21, 2018

