Honor 8 Disahkan Akan Dilancarkan Secara Rasmi Pada 11 Julai

honor-8-teaserKhabar angin yang sebelum ini yang mendakwa peranti terbaru Honor 8 akan mula dilancarkan pada 5 Julai ternyata tidak benar, ini kerana Zhao George selaku Presiden Perniagaan Honor sendiri telah berkongsi teaser majlis pelancaran model tersebut baru-baru ini. Merujuk kepada pendedahan yang telah dibuat itu, jelas dapat dilihat Honor 8 akan dilancarkan secara rasmi pada 11 Julai nanti di Shanghai Oriental Sports Center di China pada jam 6.30PM.

2Teaser yang didedahkan dalam Bahasa Cina itu kelihatan sangat ringkas tetapi dapat disahkan bahawa Honor 8 akan menyokong konfigurasi dua lensa kamera. Ini telah disahkan melalui penggunaan simbol dua bulatan yang pernah diguna pakai apabila mempromosikan fungsi dwi kamera untuk model Honor V8 sebelum ini.

Manakala dari segi sokongan spesifikasi pula, TENAA telah mendedahkan Honor 8 bakal dikuasakan dengan pemproses HiSilicon Kirin 950, paparan skrin HD Penuh berukuran 5.2 inci, pilihan kapasiti RAM 3GB/4GB dan juga tiga pilihan ruang storan berbeza iaitu 32GB/64GB/128GB. Ia juga turut menampilkan sokongan kombinasi kamera 12MP/8MP, bateri berkapasiti 2900 mAh, dan juga akan dioperasikan oleh Android 6.0 Marshmallow.

 

You might also like