OnePlus 3 Berhadapan Isu Bateri Selepas Menerima Kemas Kini

Overview_04._V271443752_Model terbaru OnePlus 3 sememangnya popular di kalangan pengguna kerana harga jualannya yang sangat berbaloi jika dibandingkan dengan sokongan spesifikasi yang ditawarkan. Walaupun belum dijual secara rasmi di negara ini, terdapat pelbagai isu telah dihadapi oleh sesetengah pemilik OnePlus 3 di seluruh dunia.

Isu yang pertama dihadapi sebelum ini adalah berhubung warna pada paparan skrin yang kelihatan kekuningan dan OnePlus telah mengambil penyelesaian dengan memperkenalkan kemas kini untuk mengatasi isu tersebut. Tidak dinafikan kemas kini itu berjaya mengatasi isu yang dihadapi, tetapi ada di antara pemilik peranti OnePlus 3 yang berhadapan dengan satu lagi isu baru berhubung bateri selepas mereka mengemaskini peranti itu.

pic 1 pic 2Berdasarkan kepada pemilik OnePlus 3 yang terlibat, bateri peranti mereka telah turun dengan begitu cepat iaitu 1% bagi setiap 4 minit, walaupun peranti tidak digunakan dan isu bateri itu menjadi lebih teruk apabila ianya digunakan. Berdasarkan kepada maklumat yang diperolehi, isu bateri itu dikatakan berpunca daripada ‘partial wakelock’ daripada Google dan bukannya disebabkan oleh OnePlus. Apa pun masalahnya, kita tunggu apakah solusi yang diambil dalam mengatasi masalah ini.

 

You might also like