Aplikasi Popular Prisma Versi Beta Untuk Peranti Android Kini Telah Dihentikan

pic 1Jika anda sudah tidak sabar lagi untuk menggunakan aplikasi Prisma yang kini sangat popular di kalangan pemilik peranti iOS , nampaknya Prisma Labs telah mula memperkenalkan versi beta untuk pemilik peranti Android. Aplikasi suntingan gambar yang telah viral ini sememangnya mendapat perhatian pengguna apabila ia berjaya dinobatkan sebagai aplikasi iOS paling popular di lebih 40 buah negara dan telah dimuat turun lebih daripada 7.5 juta kali dengan 1.5 juta pengguna aktif pada setiap hari.

未命名_meitu_0Selepas 5 minggu tersedia secara eksklusif untuk peranti iOS, akhirnya pembangun aplikasi itu telah mula memperkenalkan Prisma dalam versi beta untuk pengguna Android. Namun disebabkan oleh sambutan serta penggunaan aplikasi yang sangat tinggi, pihak pembangun aplikasi tersebut terpaksa menghentikan program beta tersebut sehari selepas ianya dibuka. Ini kerana ada pihak yang telah memuat naik fail apk aplikasi beta tersebut di dalam talian dan perkara ini yang telah menyebabkan akses yang terlalu meluas.

Kenyataan rasmi yang telah dikeluarkan di laman Facebook milik pembangun Prisma versi beta.
Kenyataan rasmi yang telah dikeluarkan di laman Facebook milik pembangun Prisma versi beta.

Menurut pembangun itu lagi, aplikasi Prisma versi beta untuk peranti Android telah dihentikan perkhidmatannya buat masa ini dan pengguna tidak lagi boleh menggunakannya sehingga aplikasi itu dilancarkan secara rasmi di Google Play Store pada penghujung bulan ini.

You might also like