Corning Gorilla Glass 5 Mampu Bertahan Walaupun Jatuh Pada Ketinggian 1.6 Meter

Sebagaimana yang kita ketahui, Corning Gorilla Glass merupakan salah satu pengeluar paparan skrin yang menawarkan ketahanan yang jauh lebih baik berbanding paparan skrin biasa. Baru-baru ini Corning telah mengumumkan ketersediaan generasi terbaru Gorilla Glass 5 yang dikatakan menawarkan ketahanan yang jauh lebih baik berbanding sebelum ini.

Menurut Corning, lebih 85% pemilik telefon pintar pernah menjatuhkan peranti mereka sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh setahun. Manakala sebanyak 55% pemilik lagi mengaku pernah menjatuhkan telefon pintar mereka sekurang-kurangnya tiga kali atau lebih dalam tempoh setahun.

pic 1 Disebabkan oleh itulah Corning telah menghasilkan paparan skrin yang lebih kuat dengan kemunculan Gorilla Glass 5 yang mampu bertahan apabila terjatuh dengan paparan skrin menghadap ke bawah pada ketinggian sehingga 1.6 meter di atas permukaan yang kasar. Berdasarkan kepada ujian yang dijalankan, 80% daripada cubaan jatuhan pada ketinggian itu terselamat tanpa isu keretakan skrin. Ketahanan skrin daripada jatuh pada ketinggian sehingga 1.6 meter ini sememangnya sangat praktikal untuk pengguna terutamanya bagi mereka yang gemarkan selfie.

pic 2Corning Gorilla Glass 5 sudahpun mula dikomersialkan tetapi ianya akan mengambil masa sebelum boleh dilihat pada mana-mana model telefon pintar buat masa ini. Berdasarkan kenyataan Corning, berkemungkinan besar penggunaan Gorilla Glass 5 ini hanya boleh dilihat pada telefon pintar pada penghujung tahun 2016.

 

You might also like