
iPad Mini Tidak Akan Dikeluarkan Lagi?!

Pernah tertanya-tanya mengapa Apple tidak membuat pengumumann mengenai kemas kini yang paling baru kepada barisan iPad mini? Atau mengapa mereka tidak mengeluarkan kemas kini sejak 2015, apabila mini iPad 4 diperkenalkan? Ia pasti seolah-olah bahawa syarikat ini tidak mempunyai minat lagi untuk menjual tablet terkecil mereka, dan hari ini satu laporan baru mengesahkan bahawa barisan model iPad mini akan dihentikan. Ini dipetik daripada sumber yang rapat dengan Apple berkata “mini akan dihentikan kerana nombor jualan “sangat jelas” menunjukkan tiada sebarang potensi untuk membawa keuntungan”.

Tambahnya, pasaran tablet yang tidak lagi diterima baik oleh pengguna akan membawa kerugian besar buat syarikat terkemuka itu. Jadi Apple akan memilih untuk mengurangkan kerugian dengan keluar daripada pengeluaran tablet bersaiz 7.9 inci, dan akan terus memberi tumpuan kepada tablet bersaiz 9.7 inci yang baharu yang mana dipanggil sebagai iPad dan iPad Pro, termasuk yang akan datang 10.5 inci (khabar angin).

Bagaimanapun, jika anda mahu merebut iPad mini 4, mungkin sekarang adalah masa yang sangat sesuai untuk berbuat demikian.

