Benarkah Samsung Galaxy Note 8 Bakal Hadir Dengan Dwi Kamera 3x Zoom Optikal?

 

Samsung Galaxy S8 baru sahaja dilancarkan awal bulan lalu, terkini, Samsung Korea pula berhasrat ingin meletakkan dua kamera di bahagian belakang Galaxy Note 8 iaitu satu daripadanya menggunakan 12 Megapiksel lensa sudut lebar, satu lagi pula diletakkan lensa 13 Megapiksel jenis telefoto. Terdahulu, dikhabarkan Samsung Galaxy S8 akan menerima fungsi dwi kamera ini tetapi oleh kerana kekangan kos pembuatan, pihak Samsung membatalkan hasrat tersebut.

Menurut laporan Korea Herald News peranti terbaru siri Note ini akan hadir dengan kamera berkembar di belakang dengan sokongan tiga kali zoom optikal yang lebih kurang sama seperti ZenFone Zoom. Demikian, Samsung telah menghantar satu rekaan untuk dipatenkan awal tahun lalu untuk penggunaan teknologi kamera 12 dan 13 Megapiksel (wide lens + telephoto) untuk rakaman gambar bergerak dengan lebih berkesan.

Sementara itu, syarikat ini juga adalah pengeluar telefon pintar pertama yang memperkenalkan dwi kamera pada tahun 2007, sejak itu, banyak pengeluar telefon pintar menggunakan teknologi tersebut sehingga sekarang.

Kita harap apa yang dirancangkan oleh pihak Samsung membuahkan hasil, kerana permintaan untuk model siri Note ini mendapat permintaan yang tinggi oleh pengguna di serata dunia.

You might also like