
Tidak Lama Lagi Android Akan Digunakan Di Volvo Dan Audi
Apabila Google melancarkan Android Auto tiga tahun lalu, penyelesaian teknologi automobil memerlukan penggunaan telefon pintar Android untuk berhubung. Kini Google sedang mengkaji untuk menggabungkan Android OS di dalam kenderaan secara langsung. Hari ini, syarikat itu mengumumkan bahawa Audi dan Volvo akan menjadi antara pembuat kereta yang akan membina sistem Android ke dalam kereta masa depan mereka. Google sebelum ini telah menunjukkan satu konsep Fiat Chrysler Automobiles dengan sistem tersebut pada bulan Januari lalu di CES 2017.
Menurut kenyataan di blog Google, penerapan Android ke dalam kenderaan Audi dan Volvo akan datang akan membolehkan pemandu menggunakan ciri-ciri seperti Google Maps , Google Assistant dan banyak lagi tanpa perlu menyambung telefon pintar mereka. Di samping itu, Android juga akan membantu mengawal fungsi kereta lebih khusus seperti pembukaan tingkap atau tingkap bumbung, atau menghidupkan penghawa dingin.
Kandungan blog itu tidak melihatkan banyak butiran, tiada sebarang gambaran bagaimana Android akan kelihatan di dalam kereta Volvo dan Audio. Sebuah Blogger menambah bahawa Audi masih menggunakan perkhimatan navigasi sendiri untuk kereta mereka. Sungguhpun begitu, pemilik kereta Audi akan mempunyai pilihan untuk menukar ke Google Maps pada masa kelak.