Top 10 Negara Peneraju Industri Telkom Di Dunia

BuddeComm teruja untuk mengumumkan ranking global bagi Indeks Kematangan Telkom. Indeks Kematangan Telkom ini menganalisis pasaran jalur lebar, mobile dan talian tetap bagi sesebuah negara termasuklah julat parameter ekonomi bagi memberikan raking dari skala 1 hingga 100.

BuddeComm mendedahkan hari ini top 10 peneraju industri telcom diseluruh pelusuk dunia termasuklah Asia, Timur Tengah, Latin, Amerika Utara, Afrika, Eropah dan Carribean.

Daripada ranking yang dikeluarkan, menunjukkan bahawa Eropah mendominasi carta tersebut, diikuti dengan Korea Selatan, Hong Kong dan Amerika Syarikat.

Berikut merupakan senarainya:

1. Denmark dengan Indeks Kematangan Telkom adalah 98.4%
2. Switzerland (95%)
3. Estonia(94%)
4. Korea Selatan (91.9%)
5. Sweden (91.4%)
6. Hong Kong (89.5%)
7. Amerika Syarikat (89.5%)
8. Iceland (88.5%)
9. Norway (87.7%)
10. Finland (87%)

Negara – negara Eropah mendominasi carta ini disebabkan oleh persaingan yang sihat dalam pasaran yang secara langsung mempertingkatkan kualiti servis pengguna dan mengurangkan harga.

_____________________________________________

Anda Mungkin Berminat…

 

 

You might also like