

HARGA: RM859 (64GB + 4GB) & RM999 (64GB + 6GB)
ASUS kembali dengan sebuah telefon pintar kelas pertengahan yang merupakan model peningkatan bagi model ZenFone Max Pro (M1) iaitu ZenFone Max Pro (M2) . Ia sebuah telefon pintar yang hadir dengan paparan skrin bertakuk 6.3-inci FHD+ serta peranti pertama kelas pertengahan dilengkapi teknologi Corning Gorilla Glass 6.
Baca Juga: Reviu Eksklusif : ASUS ZenFone Max Pro (M2), Model Kelas Pertengahan Dengan Penambahbaikan!
Walaupun masih mengekalkan bateri seperti model sebelumnya, kelebihan telefon pintar ini adalah menawarkan cip pemproses lebih baru. Ingin mengetahui apakah peningkatan pada model terbaru ini, teruskan membaca reviu eksklusif dari kami…
KOTAK PEMBUNGKUSAN

INFO: Kami telah menerima kotak pembungkusan dari negara Indonesia yang mana tidak disediakan dengan earphone. Tetapi menurut ASUS, kotak pembungkusan untuk pasaran Malaysia akan disertakan sekali dengan earphone.
PERBEZAAN SPESIFIKASI

ASPEK LUARAN
Skrin 19:9 6.3-inci FHD+
Memang sudah menjadi tren skrin memanjang ini digunakan pada telefon pintar tidak kira murah atau mahal telefon tersebut, semuanya skrin besar tanpa sebarang butang di depan. Menampilkan paparan skrin bertakuk bersaiz 6.3-inci dengan nisbah skrin-ke-kerangka mencecah sehingga 90% berbanding hanya 84% sahaja sebelum ini. Malah skrin ini juga hadir dengan panel melengkung 2.5D.
Binaan Berkualiti
Sekali pegang, boleh rasa yang peranti ini gunakan bahan logam berkualiti tinggi. Reka bentuk yang melengkung di bahagian tepi mudah untuk digenggam malah posisi pengimbas cap jari juga tidak terlalu tinggi untuk dicapai. Modul kamera utama pula tidak kelihatan hodoh dan posisi ia diletakkan agak kemas di sudut atas.

Kamera Utama 12MP + 5MP
Kamera belakang pada ZenFone Max Pro (M1) lengkap dengan gabungan dwi-kamera 12MP dan 5MP Sony IMX486. Kamera ini mampu fokus dengan lebih cepat melalui PDAF (autofokus pengecaman fasa). Selain itu, LED flash terletak di sebelah bawah modul kamera utama, manakala sensor pengimbas cap jari turut diletakkan di panel belakang telefon pintar ini.

Kamera Depan 13MP
Kamera depan diberikan sensor lebih tinggi berbanding model sebelumnya iaitu 13 Megapiksel. Malah ia turut menawarkan ikon yang lebih baru serta efek bokeh (latar belakang kabur) yang lebih baik. Ciri lain yang didatangkan bersama ialah Softlight LED flash untuk swafoto yang terang di persekitaran yang gelap.

ULASAN….
Di atas kejayaan ASUS mengeluarkan ZenFone Max Pro (M1), ianya diteruskan dengan pelancaran model terbaharu ASUS iaitu ZenFone Max Pro (M2). Selain menawarkan cip pemproses terbaharu, terdapat beberapa spesifikasi yang dipertingkatkan padanya seperti paparan skrin bertakuk yang lebih besar serta penggambaran dwi-kamera yang telah dinaiktaraf berbanding versi terdahulu.
Bukan itu sahaja, dengan harga tawaran yang lebih kompetitif, ASUS ZenFone Max Pro (M2) mampu menambat hati para peminat ASUS yang gemarkan fungsi multimedia serta permainan mudah alih kerana dibekalkan dengan bateri sebesar 5000mAh. Kepada pengguna yang inginkan telefon semua-dalam-satu mampu milik, anda boleh senaraikan ASUS ZenFone Max Pro (M2) ini di dalam wishlist untuk dipertimbangkan!
______________________________________________
Artikel Berkaitan:
- Dapatkan ASUS ZenFone Max Pro M2 (64GB + 6GB RAM) Eksklusif Di Shopee Pada 12.12
- ASUS Lancar Zenfone Max M2 Pada Anggaran Harga Bermula Dari RM657
- ASUS Zenfone Max Pro M2 Dijual Pada Harga Bermula Dari RM859

