
Bagi penggemar rancangan siri, drama dan lain-lain, jika anda masih belum mengenali servis video–on–demand Viu kini mungkin sudah tiba masanya anda mencuba kandungan yang dibawakan oleh mereka.
Selepas sebulan dilancarkan di Indonesia, Viu sudah pun mencatatkan 25,000 jam masa tontonan dan berada di tangga kedua aplikasi Play Store, satu pencapaian yang memberangsangkan. Ini dapat dicapai kerana Viu menawarkan rancangan yang sangat dimahukan oleh pengguna, antara rancangan yang menjadi kegilaaan di Viu adalah Doctors, Uncontrollably Fond dan Descendants of the Sun.
Selain Indonesia, servis Viu juga boleh dinikmati di Malaysia, Hong Kong, Singapore dan India.

