
Pencabar Baru Masuk Gelanggang
Segmen komputer riba baru sahaja menjadi kompetitif apabila Xiaomi memperkenalkan Mi Notebook semalam. Model pertama komputer riba dari Xiaomi itu dilihat sebagai pencabar kepada Apple MacBook kerana mempunyai sedikit persamaan dari segi reka bentuk dan juga nama.
Kini hadir pula pencabar baru kepada Apple MacBook dan juga Mi Notebook Air. Lenovo baru sahaja melancarkan Air 13 Pro di China yang juga mirip dengan peranti Apple dan Xiaomi. Bahkan dimensi reka bentuknya hampir-hampir sama dengan Mi Notebook Air, perbezaannya adalah komputer riba Lenovo 10g lebih ringan.
Air 13 Pro juga hadir dengan skrin IPS FHD, Intel Core i5, 4GB RAM dan Nvidia GeForce 940MX GPU. Pra tempahan untuk pasaran China telah pun dibuka, Air 13 Pro dijual pada harga 4,999 Yuan (RM 3045).