Melangkaui Imaginasi Dengan LG

LG Electronics Malaysia mencatat satu lagi sejarah apabila mencipta rekod “ Marathon Menonton Televisyen Tanpa Henti Paling Lama” dengan pengiktirafan Malaysia Book Of Records. Majlis pengumuman dibuat semasa Siri Jelajah Beyond Imagination LG di MidValley.LG Picture 1_

Rekod tersebut dicipta menggunakan televisyen dengan paparan OLED terbaru LG. Lima orang anak muda Malaysia menonton televisyen tersebut selama 48 jam tanpa henti, melayakkan mereka meletakkan nama sebagai pemegang rekod dalam Malaysia Book Of Records.

LG OLED TV disifatkan sebagai “Kategori Televisyen Serba Baharu” dalam industri elektronik kernaa mempunyai paparan luar biasa, reka bentuk unik dan kontra warna yang mengagumkan. Dengan mengaplikasikan teknologi HDR (High Dynamic Range), LG berjaya menghasilkan kontra warna tanpa had yang mampu menghasilkan warna hitam sempurna dan talaan warna yang jitu.LG Picture 3_

Di samping itu LG juga memperkenalkan dua produk elektronik rumah. LG Twin Wash membolehkan pengguna membasuh dua kumpulan pakaian sekaligus, lantas menjimatkan masa dan tenaga. Selain itu fungsi Turbo Wash akan mempercepatkan masa membasuh pakaian kepada 45 minit sahaja. LG Twin Wash juga terkenal sebagai mesin basuh yang sangat senyap dan stabil ketika mencuci pakaian.LG Picture 2_

Turut diperkenalkan adalah penyedut hampagas CordZero yang mempunyai kuasa sedutan yang luar biasa. Buktinya, CordZero telah digunakan pemanjat profesional yang juga juara dua kali di Amerika Syarikat untuk memanjat pada permukaan kaca bangunan berketinggian 140 meter di Seoul, Korea Selatan.

You might also like