
Selain model dua model yang diperkenalkan iaitu SRS-XB2 dan SRS-XB3, Sony telah menambah sebuah lagi wayarles speaker yang dikenali sebagai Sony h.ear go khas untuk mereka yang gemar mendengar muzik sambil berhibur bersama teman-teman tersayang!
Kelebihan yang dimiliki oleh peranti ini adalah menampilkan rekaan stylish kompak berukuran 204x62x60mm dan seberat 790g. Selain itu, ia juga mampu menghasilkan kualiti audio yang sangat baik berbanding speaker biasa terutamanya ketika berada di persekitaran yang bising dengan sokongan teknologi EXTRA BASS, Clear Audio+ serta DSEE.
Malah kehadiran dua speaker berukuran 35mm pula mampu menghasilkan kualiti audio yang kedengaran lebih jernih dan lantang serta boleh mendengar muzik dari Google Cast dan Spotify. Di dalamnya pula menggunakan bateri Li-Ion yang mampu bertahan selama 12 jam. Wayarles speaker yang direka kalis air ini menyokong sambungan NFC dan juga Bluetooth. Sony h.ear go hadir dengan lima pilihan warna dan telah dijual dengan harga RM 799 untuk pasaran Malaysia. 

