Samsung Culture Explorer, Melawat Kawasan Warisan Budaya Melalui Paparan 360 Darjah

Culture Explorer App (10)Terdapat bebera aplikasi yang menawarkan kebolehan melawat sesuatu kawasan dengan penggunaan paparan 360 darjah. Salah satu yang popular dikalangan ramai pengguna adalah Google Maps melalui Street View. Google menawarkan beberapa kawasan menarik sekitar Malaysia yang boleh dilihat dalam paparan 360 darjah. Terkini, Samsung turut hadir dengan suatu aplikasi khas dengan tujuan yang lebih kurang sama iaitu membolehkan pengguna melawat kawasan bersejarah dan warisan budaya terus melalui smartphone anda.

Aplikasi yang dinamakan sebagai Samsung Culture Explorer ini  dibangunkan hasil kerjasama bersama Kementerian Pelancongan Dan Kebudayaan Malaysia. Buat masa sekarang, pengguna hanya boleh melawat Muzium Kesenian Islam Malaysia dan juga The Stradthyus sahaja, tetapi Samsung akan menambah beberapa tempat menarik dari semasa ke semasa.1

Dengan aplikasi Samsung Culture Explorer, pengguna boleh melihat paparan 360 darjah untuk sesebuah lokasi, dan pada masa yang sama sentuh ikon untuk melihat maklumat tambahan berkaitan dengan apa yang dipaparkan. Samsung Culture Explorer boleh dimuat turun secara percuma untuk semua smartphone Android 4.0 dan ke atas.2

Muat Turun

 

You might also like