- Iklan -

Leagoo M9 Peranti Bajet Pertama Di Dunia Dengan Empat Kamera Dan Paparan 18:9

Leagoo sebuah jenama yang berpengkalan di China secara senyap-senyap telah melancarkan Leagoo M9 di halaman rasminya. Seperti yang sedia maklum peranti yang dikeluarkan oleh Leagoo tidaklah semahal dan masih menawarkan harga jimat poket.

Jadi dengan Leagoo M9, ianya sebuah telefon pintar yang hadir dengan skrin 18:9 hampir penuh bersaiz 5.5” IPS. Walaupun sebuah telefon bajet, ia dibekalkan empat kamera, dua sensor 5MP + 2MP di depan bersama flash dan 8MP + 2MP dwi flash di belakang.

Tidak kurang dari itu, bateri yang menggunakan teknologi LG adalah sebesar 2,850mAh mampu bertahan sehingga 7 hari waktu menunggu. Pemproses dalaman dikuasakan cip MediaTek MTK6580 serta RAM 2GB dan storan seluas 16GB.

Leagoo M9 dilengkapi sistem operasi Android 7.0 Nougat di samping antaramuka Leagoo OS 3.0. Peranti ini dikemaskan dengan warna hitam, emas, dan biru dengan pengimbas cap jari pantas pada harga $79.90 (RM326).

Jika ia memasuki pasaran Malaysia kelak, sudah pasti ia adalah sebuah peranti dengan paparan hampir penuh pada harga rendah.

Sumber

You might also like