Reviu Eksklusif: OPPO F5, Peranti Berskrin 18:9 + Kamera Selfie 20MP AI

OPPO Malaysia buat pertama kalinya memperkenalkan peranti dengan skrin hampir penuh yang diberi nama sebagai OPPO F5. Didatangkan bersama 3 pilihan warna iaitu emas, hitam dan merah, telefon pintar ini menampilkan kerangka yang dibina berasaskan logam dengan rekaan ergonomik menggunakan paparan LCD bersaiz 6 inci FHD+ beresolusi 2160 x 1080p.

Harga Jualan: 4GB: RM 1,298 / 6GB: RM 1,698

Berkenaan kamera depan, OPPO F5 dibekalkan dengan sensor 20 Megapiksel f/2.0 AI Beauty yang mampu mengenalpasti jantina dan umur melalui pengimbas wajah. Bukan itu sahaja, ia juga mampu melaraskan cahaya yang masuk ke dalam sensor mengikut tona warna serta jenis kulit si pengguna.

Apa yang menarik pada peranti ini? Teruskan membaca…

 

SPESIFIKASI

Pilihan Warna • (4GB) Hitam & Emas • (6GB) Merah & Hitam
Sistem Operasi (OS) • Android 7.1 Nougat • ColorOS 3.2
Pemproses • MediaTek Helio P23 • Octa-core 2.3GHz
• ARM Mali-G71 MP2 • 64-bit • 16nm
Kad SIM Dual SIM / Nano SIM
Dimensi • 156.5 x 76 x 7.5mm • 152g
Saiz / Resolusi Skrin • 6.0 inci Fullview HD IPS • 2160 x 1080 piksel
• 402ppi • 2.5D • 78.36%
Memori • 32GB / 64GB ROM • 4GB / 6GB RAM
• microSD sehingga 256GB
Penggambaran Utama
• 16 Megapiksel • Auto fokus • Dwi LED flash • Aperture f/1.8
Hadapan
• 20 Megapiksel • LED flash • Aperture f/2.0
Rakaman Video HD 1080p
Kapasiti Bateri • Li-Po 3200mAh • Pengecasan Pantas (VOOC)
Keselamatan • Pengimbas cap jari • Facial Unlock
Sambungan • WiFi 801.11b/g/n • Bluetooth 4.2
• USB OTG • microUSB 2.0

 

 

PAKEJ PEMBELIAN

  1. Kotak Pembungkusan
  2. OPPO F5
  3. Pin slot kad
  4. Adapter pengecas 5V2A
  5. Kabel microUSB
  6. Earphone
  7. Buku manual

 

FIZIKAL

01# Paparan Skrin

Sebelum ini, peranti OPPO yang ramai ketahui mempunyai butang utama di bahagian depan. Tetapi dengan OPPO F5, rekaan lebih kemas menggunakan skrin bersaiz 6.0 inci dengan paparan 18:9 beresolusi 1080 x 2160 piksel.

02# Butang Kawalan

Sisi kanan OPPO F5 telah digunakan secara optima apabila menempatkan butang kawalan fizikal iaitu butang kuasa yang bertindak sebagai butang Lock/Unlock serta slot dua kad SIM dan kad tambahan microSD. Manakala sisi kiri pula kelihatan agak kosong kerana hanya menyediakan butang melaras volume sahaja.

 

03# Slot Kad SIM & microSD

Penyediaan dua slot kad SIM terletak pada sisi kanan smartphone yang menyokong kad SIM jenis nano SIM pada kedua-duanya. Untuk menggunakan kad microSD dengan sokongan sehingga 256GB, anda boleh memasukkannya pada slot kad SIM kedua.

 

04# Lensa 20 Megapiksel + AI Beauty

Panel belakang yang diperbuat daripada logam ini kelihatan lebih ringkas rekaannya kerana ia hanya menempatkan satu lensa kamera utama beresolusi 16 Megapiksel dan juga LED flash. Walau bagaimanapun, permukaan kamera OPPO F5 sedikit timbul iaitu kira-kira 1mm dari permukaan panel belakangnya.

 

05# Pengecaman Cap Jari

Berbeza dengan pengimbas cap jari telefon pintar OPPO sebelum ini yang mana terletak di bahagian mula depan peranti, tetapi dengan OPPO F5, sensor pengimbas cap jari telah dialihkan ke bahagian belakang peranti.

 

06# Port & Speaker

Bahagian bawah kerangka OPPO F5 ini telah dioptimumkan ruangnya dengan penyediaan port 3.5mm audio jack, lubang mikrofon, port microUSB dan juga speaker. Manakala bahagian atas kerangkanya pula kelihatan lebih ringkas rekaannya kerana hanya dilengkapi dengan lubang mikrofon sahaja.

 

Bahagian 2 >> OPPO F5, apa yang menarik?

 

Baca juga:

 

 

 

You might also like