OPPO F5 Versi 6GB Berwarna Hitam Akan Ke Pasaran Malaysia

Kemaskini : OPPO F5 6GB warna hitam & merah telah dijual secara rasmi pada harga RM1,698 bermula 16 disember 2017

Dua hari lagi OPPO F5 versi 6GB sedia untuk di pra-tempah di Malaysia. Sebelum ini, OPPO mengumumkan warna merah sahaja akan berada di pasaran tempatan tetapi hari ini OPPO menambah satu lagi warna iaitu hitam menjadikan ia dua warna untuk dipilih.

OPPO F5 6GB serta kotak pembungkusan termasuk sarung Swarovski

OPPO F5 6GB menampilkan rekaan luar yang kemas di samping kamera depan 20 Megapiksel f/2.0. Kelebihan yang ada pada kamera ini ialah ia menyokong teknologi AI Beauty dimana gambar selfie akan menjadi lebih nyata dan natural.

Pra-tempah OPPO F5 6GB merah dan hitam akan bermula pada 12.30 pagi, 6 Disember 2017 depan. Bagi yang ingin menempah, boleh layari laman sesawang rasmi OPPO atau terus ke kedai konsep OPPO yang berhampiran.

OPPO juga memaklumkan, 1000 pelanggan pertama yang membuat pra-tempahan akan menerima kotak edisi terhad yang mengandungi sarung telefon premium kristal Swarovski.

Jadi, kepada anda yang ingin menghadiahkan sesuatu yang berharga untuk yang tersayang, OPPO F5 6GB boleh dipertimbangkan.

You might also like