OPPO F5 6GB Edisi Merah Boleh Dipra-tempah Bermula 6 Disember 2017

Neelofa sebagai duta produk OPPO F5 6GB mengambil swafoto menggunakan OPPO F5 6GB

Sebelum ini OPPO ada mengeluarkan gambar acah OPPO F5 edisi merah berkapasiti 6GB yang akan dibawa masuk ke pasaran tempatan. Hari ini, OPPO telah berkongsi tarikh pra-tempahan F5 6GB edisi merah iaitu 6 Disember 2017, bermula pukul 12.30 tengahari.

Lebih istimewa, 1000 pelanggan yang membuat tempahan OPPO F5 6GB edisi merah di OPPO Store akan mendapat hadiah misteri dari OPPO! Membawakan paparan skrin hampir penuh bersaiz 6.0 inci serta dioperasikan oleh Android 7.1.2 Nougat, F5 edisi merah menawarkan lensa swafoto 20 Megapiksel dan diserikan dengan ROM 64GB.

Buat masa sekarang, OPPO masih belum mendedahkan harga untuk F5 edisi merah ini.

You might also like