
Pada awal bulan November 2017, OPPO dengan rasminya memperkenalkan F5 dengan RAM 4GB dan ROM 32GB ke pasaran tempatan berharga RM1,298. Terbaru, OPPO Malaysia mengesahkan akan membawa masuk OPPO F5 edisi merah dengan RAM 6GB ke pasaran Malaysia tidak lama lagi.
Walaupun masih belum mengumumkan tentang harga dan bila ianya akan tiba di Malaysia, tetapi OPPO telah berkongsi gambar acah OPPO F5 edisi merah. Ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai OPPO F5 edisi merah ini, teruskan bersama eRing!

