CES 2017: BlackBerry Mercury, Peranti BlackBerry Pertama Dari TCL

1Pada CES 2017 di Las Vegas, TCL memperlihatkan kepada hadirin yang hadir sebuah peranti BlackBerry terbaru dengan papan kekunci fizikal QWERTY. Peranti ini telah direka dengan mengekalkan ciri keselamatan yang sinonim dengan jenama BlackBerry, produktiviti dan kebolehpercayaan. TCL menyatakan bahawa peranti dengan sistem operasi Android ini merupakan peranti Android paling selamat di dunia.

Peranti yang dikenali dengan nama Mercury ini menjadi model smartphone BlackBerry pertama yang dibuat sepenuhnya oleh TCL. Ia menggunakan bahan-bahan premium, dan disasarkan untuk golongan profesional dan ahli perniagaan. Selain daripada papan kekunci fizikal QWERTY, Mercury juga akan mempunyai aplikasi BlackBerry yang biasa kita lihat termasuk Hub+.

2Informasi harga, ketersediaan dan butiran lain akan diumumkan pada acara MWC yang akan diadakan di Barcelona, Februari 2017 nanti. Antara spesfikasi yang sudah diketahui mengenai Mercury adalah ia dilengkapi paparan 4.5 inci, pemproses 2.0GHz dari Qualcomm, 3GB RAM dan 32GB ROM. Kedua-dua kamera depan dan belakang Mercury pula boleh menangkap imej beresolusi 18MP.

Kita tunggu pula acara MWC pada Februari nanti bagi mendapatkan maklumat rasmi berkenaaan BlackBerry Mercury.

You might also like