Beratur 4 Hari Lebih Awal – Gadis Ini Berjaya Beli iPhone X Dengan Harga RM10

Tan Hui Sze, 23 (dua dari kanan) & Imee Juiana Tajuddin, 40 (dua dari kiri) bergambar bersama Zalman Aefendy Zainal Abidin, Ketua Pegawai Pemasaran, Celcom Axiata Berhad (kanan) serta Harcharan Singh, Pengurus Perniagaan Peranti, Celcom Axiata Berhad (kiri).

Apple iPhone X akhirnya menemui pengguna Malaysia bermula pada hari ini. Walaupun harga yang agak premium, sambutannya agak sangat luar biasa berbanding iPhone 8 dan 8 Plus yang dilancarkan sebelum ini.

Buat syarikat telco, seperti yang dijangka terdapat pelbagai tawaran dan promosi yang menarik buat pengguna setia meraka. Apa yang menarik hati kami adalah usaha seorang gadis untuk menjadi yang terawal mendapatkan Apple iPhone X.

Menurut Celcom, gadis ini telah mula beratur di Celcom Blue Cube Cawangan Sunway Pyramid 4 hari sebelum pelancaran rasminya dan dia berjaya membeli iPhone X dengan harga RM10. Wowwww….

Pelanggan Celcom bertuah, Mohd Faris Mohd Yuseri, 31 berjaya mendapatkan iPhone X 64GB dengan bayaran RM100 sahaja!

Selain itu, terdapat seorang lagi wanita yang juga berjaya mendapatkan iPhone X dengan harga RM10 iaitu Imee Juiana Tajuddin. Dia adalah pelanggan pertama Celcom yang menempah iPhone X secara atas talian di laman sesawang Celcom. Kepada yang berminat untuk membeli iPhone X secara ansuran, layari sahaja Celcom.

You might also like