[ Pandang Pertama ] Honor 5C: Peranti Mampu Milik Kini Di Malaysia

1768
- Iklan -

未命名_meitu_0Selepas banyak teka teki mengenai harga peranti ini, akhirnya Honor 5C dengan rasminya diperkenalkan di pasaran Malaysia dengan harga di bawah RM 1000. Malaysia merupakan destina pertama penjualannya selepas China.

Honor 5C adalah sebuah peranti mampu milik pertama menggunakan CPU Kirin 650. Ia adalah cipset yang direka menggunakan teknologi FinFet Plus 16nm, di mana mampu memberi prestasi 65% lebih baik serta peningkatan 100% dalam grafik yang diperkasa GPU Mali-T830.

Paparan Skrin
Paparan Skrin

Jika dilihat daripada spesifikasi peranti ini, ia mirip seperti Honor 5X, cuma paparan skrin dikecilkan kepada 5.2 inci, dioperasikan oleh Android 6.0 Marshmallow serta menggunakan paparan EMUI 4.1.

Penggambaran & Pengimbas Cap Jari
Penggambaran & Pengimbas Cap Jari

Dari fungsi multimedia pula, walaupun dibekalkan dengan lensa penggambaran utama 13 Megapiksel, terdapat beberapa mod baru yang ditampilkan pada model ini di antaranya adalah Good Food, Document Scan dan juga Light Painting. Manakala kamera hadapan turut dibekalkan dengan lensa 8 Megapiksel bersama mod Beauty Video.

3 Pilihan Warna
3 Pilihan Warna

Honor 5C dijual pada dua harga berbeza, RM799 untuk warna Grey dan Silver serta RM849 untuk warna Emas. Tempahan boleh dibuat pada 20 Jun 2016, eksklusif hanya di Vmall Malaysia atau Lazada Malaysia