11street Tawarkan Pra-Tempah Samsung Galaxy S8 / S8+

Ketibaan kedua-dua peranti Samsung hampir tiba di pasaran tempatan, jadi anda berpeluang untuk pra-tempah di 11street.

Kali ini generasi Galaxy S didatangkan dengan paparan skrin yang besar dan melengkung di kedua-dua bahagian kiri dan kanan. Ketiadaan butang Home menjadikan paparan skrin dibesarkan seolah-olah tiada bezel. Pengimbas cap jari juga dialihkan di bahagian belakang bersebelahan kamera utama.

Harga yang ditawarkan RM3299 bagi model Galaxy S8, manakala RM3699 bagi model Galaxy S8+ dengan waranti original Samsung (SME). Pra-tempah ini boleh dilakukan di 11street bermula 11 hingga 13 April 2017 dengan jumlah unit yang terhad. Setiap pra-tempah anda boleh mendapatkan kit permulaan Edisi Terhad, powerbank 5100mAh dan Samsung Protection Plus.

Samsung Galaxy S8 dan S8+ terdapat dalam warna Maple Gold, Midnight Black dan Orchid Gray.

You might also like