
Samsung Dikehendaki Bayar Huawei RM52 Juta Kerana Masalah Paten
Mahkamah Quanzhou meminta Samsung membayar saman terhadap Huawei dengan jumlah RM52.2 juta kerana melanggar hak cipta sijil paten lesen 4G (sambungan) di kebanyakkan peranti Samsung termasuk Galaxy S7. Keputusan itu adalah hasil daripada tuntutan mahkamah pada bulan Mei oleh Huawei di dua negara iaitu China dan Amerika Syarikat. Samsung pula membalas dengan menfailkan tuntutan saman kerana menggunakan hak cipta terpelihara sijil IP (kalis air).
Sehubungan itu, Huawei mencari pampasan bagi lebih 30 juta produk terjual oleh Samsung yang menjana RM57.15 billion pada 2016. Tahun lepas adalah tahun yang baik buat Samsung dengan keuntungan operasi sebanyak RM9 billion, jadi tiada masalah bagi Bahagian Samsung IT dan Bahagian komunikasi mudah alih untuk membayar kepada Huawei.

