Jadilah Orang Yang Pertama Memiliki Samsung Galaxy S8 / S8+ Di Malaysia

Samsung Malayisa Electronics (SME) telah melancarkan Samsung Galaxy S8 dan S8+ dengan menggunakan tagline #UnboxYourPhone. Selepas kebangkitan, Samsung Galaxy S8 dan S8+ menjadi telefon pintar yang dinanti-nantikan oleh semua peminat teknologi.

Selain 11street menawarkan kempen pra-tempah, Samsung Malaysia juga telah mengumumkan bahawa mereka mengadakan kempen Pra-tempah selama tiga hari bermula seawal jam 10 pagi 11hb April 2017.

Pelanggan yang pra-tempah akan menerima Kit Permulaan Edisi Terhad yang mengandungi pelindung peranti berwarna jernih, pelindung skrin, dok pengecas tanpa wayar, wayar USB Type-C. Tambahan, pembeli juga akan mendapat sebuah powerbank 5100mAh. Promosi pra-tempah ini tidak berakhir jika anda tidak mendapat Samsung Protection Plus iaitu melindung peranti anda daripada kerosakan mekanikal dan kerosakan elektrikal daripada perkara yang tidak diingini.

Selain itu, anda boleh menukar skrin hadapan jika berlaku keretakan dalam tempoh 12 bulan untuk sekali penukaran, jaminan tambahan selama setahun juga akan diberikan. Kesemua hadiah bernilai melebihi RM900 ini boleh didapati sekiranya pra-tempah bernilai RM3299 dan RM3699 dibuat bagi model Samsung Galaxy S8 dan S8+.

https://youtu.be/3bdkGB9vycY

Ikuti cara-cara jika anda ingin Pra-tempah Samsung Galaxy S8 / S8+ di bawah:-

  1. Layari Samsung dari jam 10 pagi 11 April 2017 hingga 11.59 malam 13 April 2017.
  2. Deposit sebanyak RM300 menggunakan kad kredit atau kad debit.
  3. Pilih antara tiga warna iaitu Maple Gold, Midnight Black atau Orchid Gray.
  4. Pilih Samsung Experience Store untuk proses pengambilan Samsung Galaxy S8 / S8+ anda.
  5. Pengesahan email akan diterima melalui email yang didaftarkan.
  6. Ambil peranti pintar Samsung Galaxy S8 / S8+ anda pada 4 Mei 2017, sehari sebelum pelancaran rasmi di Malaysia.

Jadilah orang yang pertama memiliki Samsung Galaxy S8 / S8+ di Malaysia!

You might also like