Yang Ditunggu-Tunggu Sudah Tiba, Samsung Memperkenalkan Galaxy S8 & S8+

Maple Gold
Midnight Black

Akhirnya, tidak perlu lagi mengorek dan menggali ruangan Internet bagi mendapatkan informasi bocor mengenai Samsung Galaxy S8 kerana Samsung sudah pun memperkenalkan peranti ini pada acara yang diadakan malam semalam. Jadi ini serba sedikit mengenai Samsung Galaxy S8 dan S8+ yang anda perlu tahu.

Orchid Gray
Variasi

Samsung Galaxy S8 disediakan di dalam dua variasi saiz. Galaxy S8 hadir dengan paparan skrin 5.8 inci dan bateri 3000mAh, manakala Galaxy S8+ pula mempunyai paparan skrin yang lebih besar bersaiz 6.2 inci dan juga bateri 3500mAh. Berikut adalah spesifikasi kedua-dua variasi.

Galaxy S8 Galaxy S8+
OS Android 7.0 (Nougat)
Dimensi 148.9 x 68.1 x 8.0mm, 152g 159.5 x 73.4 x 8.1mm, 173g
CPU Snapdragon 835 / Exynos 8895
Octa core (2.3GHz Quad + 1.7GHz Quad), 64 bit, 10nm
Octa core (2.35GHz Quad + 1.9GHz Quad), 64 bit, 10nm
(mungkin berbeza mengikut pasaran dan juga pembekal perkhidmatan)
Memori 4GB RAM (LPDDR4), 64GB ROM (UFS 2.1)
sokongan MicroSD sehingga 256GB
(mungkin berbeza mengikut pasaran dan juga pembekal perkhidmatan)
Paparan 5.8” Quad HD+
2960 x 1440, 570ppi
6.2” Quad HD+
2960 x 1440, 529ppi
Kamera Belakang: Dual Pixel 12MP OIS (f/1.7)
Hadapan: 8MP AF (f/1.7)
Bateri 3,000mAh 3,500mAh
Menyokong cas pantas dan juga wireless charging
Pembayaran NFC, MST
Sambungan Wi-Fi 802.11 a/b/g/n/ac (2.4/5GHz), VHT80 MU-MIMO, 1024QAM Bluetooth® v 5.0 (LE up to 2Mbps), ANT+, USB Type-C, NFC, GPS, Galileo, Glonass, BeiDou
Sensor Accelerometer, Barometer, Fingerprint Sensor, Gyro Sensor, Geomagnetic Sensor, Hall Sensor, Heart Rate Sensor, Proximity Sensor, RGB Light Sensor, Iris Sensor, Pressure Sensor
Audio MP3, M4A, 3GA, AAC, OGG, OGA, WAV, WMA, AMR, AWB, FLAC, MID, MIDI, XMF, MXMF, IMY, RTTTL, RTX, OTA, DSF, DFF
Video MP4, M4V, 3GP, 3G2, WMV, ASF, AVI, FLV, MKV, WEBM
Ketahanan IP68

 

Paparan Infinity

Paparan Infinity merupakan fokus utama bagi siri Galaxy S8 dengan ciri ini disebutkan semenjak awal acara lagi. Kedua-dua variasi mempunyai paparan jenis AMOLED yang memberikan resolusi Quad HD, namun anda harus tahu bahawa tetapan asal Galaxy S8 hanya memberikan anda kualiti Full HD. Sekiranya anda mahu mendapatkan kualiti Quad HD, anda perlu masuk ke bahagian Settings dan menetapkannya secara manual.

Seperti yang  kita dapat lihat melalui khabar angin sebelum ini, terbukti benar bahawa Galaxy S8 dilengkapi paparan bezel-less yang sememangnya sungguh cantik dan elegan. Berdasarkan ulasan awal mereka yang dapat memegang Galaxy S8 semasa acara semalam, lengkungan sisi pada Galaxy S8 dirasakan lebih ‘lembut’ dan selesa untuk dipegang berbanding Galaxy S7 Edge. Paparan Infinity pula memberikan rasa imersif ketika menggunakan peranti ini.

 

Proses Imej Baharu

Kamera pada Galaxy S8 masih lagi sama dengan model terdahulu, dan pasti ramai yang agak kecewa mendengarkan berita ini kerana Samsung pada kebiasaannya malakukan naik taraf yang signifikan pada kamera peranti flagship.

Menurut Samsung mereka ada melakukan pembaharuan pada kemampuan optikal Galaxy S8, ianya dilakukan pada pemprosesan imej yang mampu memberikan kualiti terbaik pada setiap tangkapan gambar. Caranya adalah dengan kamera menangkap beberapa gambar setiap kali anda menekan butang shutter, informasi bagi setiap imej yang diambil akan dikumpul dan diterapkan pada satu fail imej bagi menghasilkan gambar yang mempunyai warna menyerlah, butiran terperinci dan juga pencahayaan yang seimbang.

 

Bixby

Ini mungkin bakal menjadi perdebatan yang hangat di kalangan  pengguna Android. Sejujurnya kami merasakan Google Assistant sudah memadai dan cukup baik untuk ekosistem Android. Namun Samsung masih juga memperkenalkan pembantu peribadi mereka pada Galaxy S8 yang dikenali sebagai Bixby.

Secara ringkasnya Bixby melakukan semua perkara yang dilakukan Google Assistant namun dengan cara dan gaya Samsung. Menu Bixby boleh diakses dengan swipe ke paparan Bixby atau pun menekan butang khas Bixby yang disediakan pada Galaxy S8. Antara yang menarik pada Bixby adalah kebolehannya mengenal pasti objek melalui kamera namun setakat ini masih terlalu awal untuk memberikan pendapat dan kata putus mengenai Bixby.

Samsung Galaxy S8 akan mula dipasarkan (global) pada 21 April dengan harga USD 750 (kira-kira RM 3,315) untuk Galaxy S8 dan USD 850 (kira-kira RM 3,757) untuk Galaxy S8+. Variasi warna yang disediakan pada peranti flagship terbaru ini adalah Midnight Black, Orchid Gray, Arctic Silver, Coral Blue dan Maple Gold. Kita nantikan pengumuman rasmi dari Samsung Malaysia bagi mengetahui harga, variasi dan tarikh pasaran buat pengguna di Malaysia.

Arctic Silver
Coral Blue
Maple Gold
Midnight Black
Orchid Gray
You might also like