
Nama Harman Kardon sudah tidak asing lagi dalam industri audio sedunia. Jenama ini juga sering menyediakan sistem audio untuk kereta-kereta mewah eropah serta di kerusi kelas pertama kebanyakan syarikat penerbangan terkenal.

Dalam majlis pelancaran yang sama untuk JBL, JBL Jr, dan AKG, Harman Kardon juga tampil dengan produk generasi terbaru di bawah Studio Line iaitu Aura Studio 2 dan Onyx Studio 4. Speaker mudah alih ini disaratkan dengan sentuhan premium sesuai buat anda yang gemarkan ciri-ciri moden.
Terdapat beberapa ciri yang Aura Studio 2 bawakan salah satunya ialah Ambient light yang dipancarkan dari gelung tengah speaker. Kini ia dilengkapi teknologi Harman Kardon Dual-sound dimana anda boleh memainkan muzik yang sama di dua speaker secara serentak.

Sementara Onyx Studio 4 pula dibekalkan bateri yang dipertingkat yang mampu bertahan sehingga 8 jam tanpa henti. Menariknya, teknologi Harman Kardon Connect+ juga mampu memainkan lagu sehingga 100 speaker yang sama dalam satu-satu masa.
Dua produk ini bakal memasuki pasaran tempatan bermula bulan hadapan eksklusif oleh Sprint dan Brighstar.
Harga :
- Aura Studio 2 – RM1299
- Onyx Studio 4 – RM999

