Barisan Produk Audio Terbaru JBL Dibawa Masuk Ke Malaysia

Jenama JBL sangat terkenal dalam industri audio dunia dan ia merupakan sebuah syarikat yang menggunakan teknologi daripada jenama Harman. Hot Gadgets selaku pengedar rasmi hari ini melancarkan sejumlah produk JBL, antaranya ialah koleksi pembesar suara mudah alih, fon kepala, dan bar bunyi.

Kita mulakan dengan fon kepala daripada JBL iaitu Everest 310 dan Everest 710 tanpa wayar yang mampu memainkan lagu sehingga 25 jam. Rekaan yang ergonomik direka memberi keselesaan sepanjang hari. Varian atasan pula tampil dengan Everest Elite 750NC hadir dengan fungsi pembatalan bunyi bising sekeliling serta TrueNote Auto Calibration.

Everest 110 pula fon kepala berwayar yang menggunakan Bluetooth dijual pada harga paling rendah dalam model Everest. JBL Free pula sebuah model tanpa wayar sepenuhnya dengan rekaan kecil yang muat di telinga. Ia juga didatangkan dengan bekas kompak tersendiri untuk pengecasan.

Bagi yang inginkan keselesaan yang lebih baik misalnya untuk bermain game sepanjang hari tanpa berbelanja ribuan ringgit, JBL E65BT NC juga padat dengan ciri-ciri terbaik.

Harga :

  • Everest 110 – RM499
  • Everest 310 – RM899
  • Everest 710 – RM1099
  • Everest Elite 750NC – RM1499
  • Free – RM699
  • E65BT NC – RM899

Selain itu, JBL juga lancarkan bar bunyi tanpa wayar untuk kegunaan rumah yang boleh disambungkan pada TV pintar menggunakan Bluetooth. Ia juga lebih kuat sehingga menghasilkan 510W untuk model Bar 5.1. Ciri seperti Dolby Digital, Pro Logic II, DTS Surround juga hanya terdapat pada model Bar 5.1 sementara Bar 3.1, Bar 2.1, dan Bar studio hanya memiliki sisitem Dolby Digital sahaja.

Harga :

  • Bar Studio – RM1099
  • Bar 2.1 – RM1899
  • Bar 3.1 – RM3099
  • Bar 5.1 – RM4299

Untuk pembesar suara atau speaker, JBL perkenalkan Boombox yang boleh memainkan muzik menerusi Bluetooth yang boleh disambungkan kepada lebih 100 speaker lain untuk pengalaman muzik yang lebih gempak. Bateri sebesar 20,000mAh juga mampu memecahkan gegendang telinga anda dalam masa 24 jam. Ia juga kalis air IPX7 dan Speakerphone untuk kegunaan menjawab panggilan telefon.

JBL Pulse 3 dan Flip 4 bagaimanapun direka dengan saiz dengan reka bentuk yang berbeza yang boleh disesuaikan mengikut citarasa pengguna. Kedua-duanya kalis air dan anda boleh gunakannya di tepi pantai ataupun kolam renang.

Harga :

  • Boombox – RM2299
  • Pulse 3 – RM1299
  • Flip 4 – RM639

Bagi anda yang ingin mendapatkan produk JBL pada harga yang lebih rendah. JBL T110BT menggunakan Bluetooth dan T205 pula boleh disambungkan ke peranti menggunakan wayar.

Harga :

  • T110BT – RM199
  • T205 – RM99

Layari Hot Gadgets untuk pembelian atas talian.

You might also like