[Tertiris] Rekaan Sony Xperia L2 Didedahkan Secara Eksklusif

Jika sebelum ini eRing telah mendedahkan rekaan yang dipercayai milik Sony Xperia XA2 Ultra, kali ini satu lagi model yang telah menerima pengesahan dari SIRIM iaitu Sony Xperia L2 pula didedahkan secara eksklusif kepada umum melalui gambar serta video yang dihasilkan menggunakan perisian CAD.

Jika anda mengharapkan satu kelainan pada rekaan Sony Xperia L2, ianya tidak akan menjadi satu realiti kerana berdasarkan kepada gambar yang tertiris itu jelas menunjukkan kehadiran bezel yang agak besar pada bahagian atas dan bawah paparan skrin model terbaru dari Sony ini.

Menurut maklumat yang telah dikongsikan oleh @OnLeaks, Sony Xperia L2 menyokong kerangka bersaiz 149.9 x 78.4 x 9.8mm dengan paparan skrin berukuran 5.5 inci. Sebagaimana Sony Xperia XA2 Ultra, ia turut menempatkan sensor pengimbas cap jari pada bahagian panel belakang dan dipercayai dikuasakan oleh Qualcomm Snapdragon 630 untuk mengoperasikan antaramuka Android Nougat pada peranti ini.

Sumber: CompareRaja.In

You might also like