
HUAWEI Nova 7i Bakal Menemui Peminat Malaysia Tidak Lama Lagi!
HUAWEI dijangka sekali lagi kembali menggegarkan Malaysia dengan kemunculan sebuah lagi peranti baharu – HUAWEI Nova 7i. Bakal membuat kemunculan sulung pada 14 Februari ini, Malaysia dijangka menjadi negara pertama di luar China untuk penawaran HUAWEI Nova 7i.

Sejak awal kemunculan siri Nova, ia dilihat berjaya menjadi perintis kepada trend selfie yang sempurna bersama hasilan imej wajah terperinci. Kemunculan HUAWEI Nova 7i nampaknya bakal membawakan pengalaman selfie ke satu tahap lebih tinggi dengan fungsi kamera dan video yang tiada tandingan.
HUAWEI Nova 7i bakal membawakan paparan bersaiz 6.4″ LTPS IPS LCD dengan resolusi FHD+ (1080 X 2310) dan nisbah skrin ke badan sebanyak 83.5%. Untuk keselamatan, ia menyertakan sokongan pengimbas cap jari terbina pada sisi peranti. Ia menggunakan cip pemproses Kirin 810 bersama paduan memori 8GB RAM dan 128GB ROM. Ia juga menyertakan sokongan slot nano memory card sehingga 256GB.

Untuk tetapan kamera, ia membawakan persediaan empat kamera belakang dengan lensa utama 48MP. Melengkapinya adalah bateri sebesar 4,200mAh dengan sokongan pengecasan pantas 40W. Pun begitu, HUAWEI masih berteka – teka mengenai harga dan sama – sama kita nantikan kemunculannya pada 14 Februari ini!




