Kini Tiada Lagi Pembayaran Tunai Di Rimau Café, Gim KBS & Kafe Teratai

YB Khairy Jamaluddin (KJ) mencuba sendiri pembayaran vcash di Rimau Café

Kementerian Belia dan Sukan telah mengumumkan pemilihan vcash sebagai penyelesaian bagi transaksi tanpa tunai. Keputusan itu menjadikan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sebagai cabang kerajaan yang pertama melaksanakan penyelesaian pembayaran tanpa tunai di dalam bironya.

Mulai hari ini, aplikasi vcash akan digunakan di tiga lokasi di Menara KBS iaitu Rimau Café, Gim KBS dan Kafe Teratai yang terletak di dalam Menara KBS. Di Rimau Café dan Kafe Teratai, pelanggan kini boleh membuat pembayaran dengan vcash untuk kemudahan yang selalunya dinikmati oleh pengguna pembayaran tanpa tunai.

Jadi kini tiada lagi wang kecil, tidak perlu mencari dan beratur di ATM dan lebih penting keselamatan dalam membuat pembayaran. Manakala di gim KBS pula, bayaran masuk dan air mineral boleh dibeli dengan menggunakan kod QR khas.

Perkhidmatan vcash boleh digunakan melalui semua pengendali telekomunikasi dan pengguna hanya perlu memiliki telefon pintar dan sambungan rangkaian. Kaedah yang mudah dan selamat digunakan untuk membayar, menghantar, memohon dan menyimpan wang menggunakan telefon pintar menjadikan ianya sesuai untuk diterima dan digunakan oleh golongan muda.

You might also like