

Siapa sangka dengan hanya bermain permainan trivia di dalam talian, anda boleh memenangi sebuah rumah baru? Impian nampaknya menjadi kenyataan bagi Rashdan A. Manan, 27 tahun, apabila berjaya memenangi sebuah unit kondominium bernilai RM500,000. Ia sebahagian daripada kempen Celcom BIG WIN Menang Rumah.
Kontraktor awam yang berasal daripada Kuala Lumpur itu tidak percaya tuah berpihak kepadanya dan sangat gembira apabila dinobatkan sebagai pemenang hadiah utama! Beribu peserta telah mengambil bahagian dalam peraduan ini dan lebih dari 100 peserta telah berjaya membawa pulang baucar peralatan rumah bernilai RM1,000 setiap satu.
Celcom BIG WIN telah menyediakan pelbagai permainan trivia yang menarik seperti Fit and Rich, Do-U-Know-Christiano, Duit4Free dan beberapa lagi. Kesemua peserta yang menyertai berpeluang untuk memenangi wang tunai dan hadiah menarik.
Untuk maklumat lanjut tentang peraduan terkini, anda boleh layari Celcom BIG WIN atau dial *888*.

