Samsung Galaxy Watch Active 2 Bakal Disertakan Sokongan ECG & Pengesanan Jatuh

Samsung dalam perancangan memperkenalkan pendatang baru untuk segmen jam pintar iaitu Samsung Galaxy Watch Active 2. Untuk spesifikasi, masih belum banyak yang didedahkan – namun, terdapat maklumat tertiris mendedahkan ia dijangka hadir dengan sokongan fungsi yang disertakan pada Apple Watch 4.

Salah satunya, sokongan ECG – membolehkan pengguna mengesan ritma jantung yang tidak normal termasuk degupan cepat, tidak teratur atau sebagainya. Melaluinya, serangan jantung dapat dikesan lebih awal sebelum berlaku.

[BACA : TERTIRIS : Gambaran Reka Bentuk Samsung Galaxy Watch Active 2 Muncul Di Media Sosial?]

Seterusnya, pengesanan jatuh. Sekiranya sebarang kejatuhan dikesan, ia akan memberi tanda amaran. Jika pengguna tidak bertindak balas selepas ia mengesan kejatuhan – jam juga akan menghantar notis kepada insan terdekat untuk makluman bantuan atau memanggil perkhidmatan kecemasan secara automatik.

Menarik bukan? Pun begitu maklumat tertiris masih lagi rumors, segalanya bakal terjawab selepas kemunculan rasminya yang dijangka diperkenal seiring dengan Samsung Galaxy Note10 pada 7 Ogos kelak (Malaysia : 8 Ogos 2019).

[SUMBER]

You might also like