
Penantian peminat jenama ASUS di negara ini nampaknya sudah berakhir apabila ASUS Malaysia hari ini telah mengumumkan ketersediaan jualan ASUS ZenFone 3 Deluxe untuk pasaran tempatan. Kemunculan model yang paling berkuasa pernah diperkenalkan oleh ASUS ini mungkin tepat pada masanya berikutan penarikan semula model Samsung Galaxy Note7 di pasaran, sekaligus memberikan alternatif lain kepada pembeli.


Bagi memenuhi permintaan pasaran yang berbeza, ASUS ZenFone 3 Deluxe tersedia dalam dua variasi berbeza iaitu model ZS570KL-2G005WW yang dijual pada harga RM2,599 atau model ZS570KL-2J025WW yang boleh dimiliki pada harga RM3,299. Kedua-dua model ini boleh didapati dalam dua pilihan warna berbeza iaitu Shimmer Gold ataupun Glacier Silver.
Selain boleh didapati melalui pengedar rasmi di seluruh negara, anda juga boleh membuat pembelian terus melalui stor online ASUS.
Spesifikasi ASUS ZenFone 3 Deluxe (ZS570KL-2G005WW)
- Qualcomm MSM8996 Snapdragon 820
- Dual Core 2.15 GHz Kryo + Dual Core 1.6 GHz Kryo
- ROM 64GB / RAM 6GB
- Android 6.0.1 Marshmallow
- Dual SIM Dual Standby (Hybrid Slot)
- 7 inci Super AMOLED, 1080 x 1920 piksel
- 23 Megapiksel / 8 Megapiksel
- 3000 mAh (Quick Charge 3.0)
Spesifikasi ASUS ZenFone 3 Deluxe (ZS570KL-2G005WW)
- Qualcomm MSM8996 Snapdragon 821
- Dual Core 2.4 GHz Kryo + Dual Core 2.0 GHz Kryo
- ROM 256GB / RAM 6GB
- Android 6.0.1 Marshmallow
- Dual SIM Dual Standby (Hybrid Slot)
- 7 inci Super AMOLED, 1080 x 1920 piksel
- 23 Megapiksel / 8 Megapiksel
- 3000 mAh (Quick Charge 3.0)