Samsung Indonesia Membocorkan Ciri Penting Samsung Galaxy S7

Kebelakangan ini terdapat banyak maklumat tiris berkenaan model terbaru Samsung yang akan dilancarkkan tidak lama lagi, iaitu Galaxy S7. Namun semua desas desus tersebut hanyalah berdasarkan laporan sumber dengan sokongan gambar yang kurang jelas kesahihannnya.

https://www.youtube.com/watch?v=EHaxUZPyomg

Namun baru-baru ini Samsung Indonesia telah membocorkan satu video yang menunjukkan salah satu ciri penting Galaxy S7. Video iklan itu dimuat naik ke laman YouTube dan mempamerkan Galaxy S7 yang kalis air dan menyokong cas tanpa wayar.

 

You might also like