
Sony Melancarkan Sensor Kamera IMX318 – 22.5 Megapiksel
Sony baru sahaja mengumumkan sensor kamera terbaru mereka yang dikenali sebagai IMX318. Sensor tersebut mempunyai resolusi 22.5 megapiksel dan dilengkapi CMOS Exmor RS image sensor yang memberikan kuasa auto focus yang sangat pantas, iaitu selaju 0.03 saat sahaja. Sensor terbaru ini juga hadir dengan penstabil imej 3 paksi untuk rakaman video yang lebih stabil.
Sony juga memberitahu bahawa sensor IMX318 mampu memberikan kualiti setanding model IMX230 walaupun ianya lebih kompak, menjadikannya amat sesuai dibina di dalam smartphone yang mementingkan saiz mudah kendali. Sony juga menggunakan MIPI (Mobile Industry Processor Interface) yang membolehkan pemprosesan imej dilakukan dengan lebih efisien, jimat tenaga dan pantas

