
Tarikh Dikongsi! vivo APEX 2020 Bakal Diumumkan Pada 28 Februari
vivo kini mendedahkan bahawa siri APEX generasi akan datang – vivo APEX 2020 akan diperkenalkan secara rasmi pada 28 Februari ini di Beijing, China. Mengikut perancangan awal, sepatutnya peranti ini muncul di MWC 2020 yang kini telah dibatalkan kerana kebimbangan penularan wabak Covid-19.
Seiring pengumuman ini, vivo turut mengeluarkan poster acah pertama yang menunjukkan APEX 2020 didatangkan dengan skrin melengkung bersama skrin 120Hz (berdasarkan nombor “120” pada poster). Terdapat imej tersebar mendedahkan bahagian belakang peranti mungkin disertakan dengan sokongan lensa periscope.
Bagi yang tidak familiar, siir vivo sememangnya terkenal dengan teknologi terkini. Terdahulu, kebocoran mendedahkan siri APEX generasi terbaru mempunyai reka bentuk bezel yang nipis dengan nisbah skrin ke badan yang tinggi. Ia juga menggunakan sensor pengimbas cap jari dalam paparan bersama reka bentuk paparan lengkung.

