
Apple Dilaporkan Dalam Perancangan Untuk Melancarkan Varian Baru AirPods Pro
Apple telah memperkenalkan fon telinga tanpa wayar merka, AirPods Pro yang dilengkapi dengan ciri pembatalan bunyi aktif. Terkini, Apple kini dilaporkan bersedia untuk memperkenalkan versi baru AirPods Pro – dikenali sebagai Airpods Pro Lite. Memetik petikan daripada Taiwan Digitimes, ia mungkin muncul sekitar bulan Jun 2020 atau seterusnya.
DigiTimes juga menegaskan bahawa ini berkaitan dengan Taiwan sebagai Universal Scientific Industrial (USI) yang didakwa membekalkan Apple dengan system-in-packages (SiP) untuk earbuds baru. Walau bagaimanapun, tidak ada maklumat yang tersedia mengenai spesifikasi dan ciri-ciri AirPods Pro Lite. Maklumat tertiris masih lagi rumors, kekal bersama eRing untuk lebih info terkini!