
Vivo dengan rasa berbesar hati menjemput anda semua bersama-sama memeriahkan Jualan Mega 11.11 yang berkunjung tiba tidak lama lagi. Lebih menarik, vivo turut menawarkan pelbagai ganjaran hebat apabila anda muat turun baucar eksklusif mereka di laman web yang dipilih. (Lazada, Shopee, 11Street, Lmall dan kedai atas talian rasmi vivo).

Dengan baucar tersebut, orang ramai boleh menikmati diskaun sebanyak RM25 apabila berbelanja sekurang-kurangnya RM500, diskaun RM40 dengan perbelanjaan minimum RM700 dan potongan sehingga RM70 dengan perbelajaan RM1,000. Bagaimanapun, ia hanya boleh digunakan untuk model terpilih sepertiX21, V7+, Y65 dan Y71 sahaja.

