Spotify Premium Hanya RM2 Untuk Tempoh Terhad!

1042
- Iklan -

Kini dengan hanya RM2 sahaja, anda boleh melanggan akaun Spotify Premium untuk tempoh 3 bulan dan tawaran menarik ini akan tamat pada 31 Disember 2018 nanti.

Dengan akaun Spotify Premium, pengguna berupaya memuat turun lagu untuk di dengar pada bila-bila masa tanpa memerlukan sambungan Internet, pengalaman mendengar muzik tanpa gangguan iklan, boleh memainkan apa jua lagu kegemaran, dan juga keupayaan untuk melangkau muzik tanpa had.

Sungguhpun begitu, tawaran ini hanya boleh digunakan sekali sahaja. Sekiranya anda sudahpun melanggan Spotify Premium atau menggunakan tempoh percubaan selama 30 ataupun 60 hari, anda tidak layak untuk menikmati tawaran percubaan yang ditawarkan ini. Bagi mengelakkan daripada anda dikenakan cas langganan sebanyak RM14.90 sebulan untuk akaun premium selepas tamat tempoh tawaran, anda boleh membatalkan langganan secara automatik pada bila-bila masa.

Sumber