Pelancaran Nokia Pada 5 Disember Bakal Memperlihatkan Nokia 9?!

985
- Iklan -

Baru-baru ini satu gambar terdedah di laman sesawang, yang mana HMD Global bakal mengadakan pelancaran pada 5 Disember 2018 bertempat di Dubai. Melalui gambar terdedah, jelas nampak terdapat tiga peranti padanya dan menurut khabar angin salah satu daripanya adalah peranti dengan 5 lensa iaitu Nokia 9.

Sejak Nokia 9 tertiris titik fokus padanya tidak pernah kurang, selain rekaan 5 lensa yang disediakan pada panel belakang cukup memperlihatkan kehebatan kualiti penggambaran yang bakal ditunjukkan pada peranti legend ini, kemampuan dalamannya juga tidak boleh dipandang rendah.

Cip pemproses Snapdragon 845 bersama 8GB RAM dan 128GB ROM dijana pada Nokia 9, turut serta bateri berkapasiti 4,150mAh dan USB Type-C, manakala sokongan pengecasan tanpa wayar masih tidak dikenalpasti lagi.

Selain Nokia 9, satu model dengan kod nama TA-1136 juga terdedah dan dipercayai ia adalah Nokia 7.1 Plus atau Nokia X7. Peranti ini menggunakan dwi kamera utama 12MP + 13MP, menyokong Dual Pixel Auto Fokus dan fungsi OIS. Skrin berukuran 6.18 inci ini dioperasi dengan Snapdragon 710, 6GB RAM dan 128GB ROM, mempunyai kapasiti bateri 3500mAh yang menyokong 18W pengecesan pantas.

Maklumat lanjut perlu menanti sehingga 5 Disember, buat masa sekarang mana satu yang anda lebih berminat?

______________________________________________________________

[ Artikel Popular ] Nokia 6.1 & 6.1 Plus Telah Menerima Kemas Kini Android 9.0 Pie?!

[ Artikel Popular ] Nokia 106 Dilancarkan – Dengan Bateri Tahan Hingga 21 Hari

[ Artikel Popular ] Reviu Eksklusif : Ikut Trend, Nokia 6.1 Plus Tampil Skrin Penuh Bertakuk!