Rasmi! ASUS ZenFone AR Dilancarkan Di Malaysia Dengan Tanda Harga RM3,799!!!

Telefon pintar sudah semestinya menjadi peneman setia walau di mana sekalipun. Memanggil rakan atau orang tersayang, menghantar pesanan ringkas, melayan laman sesawang, malah memuat naik gambar di laman sosial sudah menjadi perkara normal yang dilakukan.

Sehingga kini, ASUS mengambil langkah ke hadapan dengan memperkenalkan ASUS ZenFone AR. Telefon pintar ini hadir dengan fungsi AR iaitu sebuah projek Tango yang membolehkan pengguna berada dalam realiti maya.

ASUS Tricam yang disediakan menggunakan tiga lensa kamera dari jenis Motion Tracking System, Depth Sensing Camera dan Pixel Master 23 Megapiksel. Kamera-kamera ini bekerjasama memaparkan objek maya pada persekitaran sebenar dengan terperinci. Kamera depan pula diletakkan lensa sudut lebar 85 darjah 8 Megapiksel Pixel Master.

Pengguna juga boleh menggunakan alat Google Daydream untuk melihat persekitaran AR dengan lebih terperinci pada sudut 360 darjah. Selain itu, paparan skrin yang disediakan pada ZenFone AR ini hadir dengan resolusi 2560 x 1440p bersaiz 5.7 Super AMOLED. Peranti ini turut dibekalkan dengan cip pemproses Snapdragon 821 diikuti dengan RAM sebesar 8GB dan ruangan storan 128GB juga menyokong kad microSD sehingga 2TB.

Dilanjutkan pula pada bahagian hiburan, ZenFone AR dimuatkan dengan speaker Sonic Master 3.0 bersama 5-Magnet Structure dan DTS Headphone:X 7.1 Surround untuk fungsi realiti maya. Bateri pada peranti ini menerima saiz berkapasiti 3,300mAh yang disokong Quick Charge 3.0.

Bagi melengkapkan perkakasan, ZenFone AR menyediakan dua slot SIM (micro 4G/nano 4G), Bluetooth 4.2, sambungan USB Type-C. ASUS ZenFone AR dijual pada harga RM3,799 dan hanya warna Hitam sahaja disediakan buat masa ini, tawaran jaminan satu tahun dengan tukaran 1 ke 1 diberikan kepada para pembeli.

Anda yang berminat boleh dapatkan di kedai-kedai terpilih bermula 4 Julai 2017.

You might also like