Rasmi! DJI Spark Dron Terkecil Pernah Dikeluarkan – Harga Bermula RM2,288

(from L-R) Chuah Kee Heng (General Manager of ECS IT), Tee Ang Kuan (Group General Manager of ECS IT), Soong Jan Hsung (Executive Director/Chief Executive Officer of ECS IT), Kevin On (Director of Communication, DJI) dan Marcus Lin (Global Sales and Marketing, DJI) bersama-sama merasmikan DJI Spark pagi tadi.

Adakah anda mengambil dan merakam gambar menggunakan telefon pintar ataupun kamera profesional sudah cukup? Jika tidak DJI, syarikat berpengkalan di Guangdong, China kali ini menawarkan DJI Spark, sebuah dron yang hadir dengan pelbagai ciri pintar.

Menurut pihak DJI, mereka mengeluarkan dron ini bertujuan memudahkan para pengguna menggunakannya, bukan seperti produk-produk seperti sebelum ini. DJI Spark juga dikatakan dron yang terkecil pernah dihasilkan secara komersial dan ia juga mengambil hanya 20 saat sahaja untuk dioperasikan. Ciri seperti terbang mengikut gerak tangan (Gesture) adalah ciri utama yang diperkenalkan oleh DJI Spark.

Dron kecil ini memudahkan pengguna hanya menggunakan gerak tapak tangan tanpa memerlukan alat kawalan. Merakam video kini lebih mudah dengan ciri QuickShot yang mampu merakam video pendek 10 saat atau merakam video dalam mod Circle, Rotating dan Helix.

DJI menyatakan Spark hanya menyokong kualiti video sehingga 1080p sahaja dan bukan 4K kerana, pada kualiti ini ia boleh dimuat naik ke laman sosial dengan mudah dan pantas.

Gegaran semasa merakam adalah perkara utama yang perlu dititik beratkan, oleh itu, DJI Spark telah meletakkan fungsi 2-axis Mechanical Gimbal dan teknologi UltraSmooth supaya setiap rakaman yang diambil lebih baik dan stabil. Sistem Flight Autonomy dan sistem GPS/GLONASS yang terdapat di sekeliling Spark pula membantu ia terbang pada ketinggian 30 meter dan mengelak halangan pada jarak 5 meter dengan lebih tepat.

Apabila menggunakan alat kawalan jauh dan berlaku kehabisan bateri, hilang pancaran signal atau pengguna menekan butang RTH (pulang semula), DJI Spark akan kembali semula di tempat asal ia diterbangkan dengan menggunakan laluan selamat tanpa halangan.

Dron comel ini juga mampu melakukan penerbangan selama 16 minit dengan sekali cas pada jarak 500 meter malah menjangkau sehingga dua kilometer (menggunakan alat kawalan jauh khas). DJI Spark ditawarkan di Malaysia dengan warna Putih sahaja setakat ini pada harga RM2,288 sehingga RM3,188. Warna lain akan dibawa masuk secara berperingkat-peringkat.

 

Apa yang anda dapat?
  • RM 2,288 – Dron, Bateri, USB Charger, 3 pasang kipas (Boleh didapat bermula hari ini)
  • RM 3,188 – Dron, Dua Bateri, 4 pasang kipas, Alat kawalan, Pelindung kipas, Hub pengecas, beg galas, dan kabel (Mula dijual pada bulan Ogos 2017)

DJI Spark boleh didapati di stor atas talian DJI atau melalui pengedar rasmi ECS, dan pengedar DJI yang sah seluruh Malaysia.

 

You might also like