11street Membuka Tempahan Honor 8 Pro – Dapatkan Hadiah Percuma Bernilai RM250

Sukar mencari telefon pintar yang memiliki spesifikasi tinggi pada harga di bawah RM2 ribu? Kami cadangkan anda dapatkan telefon pintar terbaru dari Honor ini. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan Honor 8 Pro di 11street pada harga RM1,999. Malah, bukan itu sahaja anda juga akan diberikan hadiah percuma bernilai RM250.

Apa yang perlu anda lakukan ialah, layari laman sesawang e-dagang 11street, atau lebih mudah lagi muat turun aplikasi 11street di Google play atau App Store. Seterusnya buat pembelian, dan Honor 8 Pro akan dihantar terus ke rumah anda bersama-sama hadiah secara percuma. Kempen Pra-Tempah bermula hari ini berdasarkan siapa cepat dia dapat.

Honor 8 Pro yang bakal dilancarkan pada 11 Julai ini sangat sesuai dengan aktiviti harian anda, ia dilengkapi dengan perkakasan hebat seperti set cip HiSilicon Kirin 960 lapan teras, RAM sebesar 6GB, ROM bersaiz 64GB, bateri 4,000mAh, dan kerangka badan logam hanya dengan ketebalan 6.97mm.

You might also like