
Olike Malaysia adalah rakan niaga OPPO Malaysia yang menjual pelbagai alat aksesori berkualiti tinggi pada harga berpatutan. Di samping itu, Olike juga telah menjadi salah satu jenama aksesori yang terbaik di Malaysia.
Melihat pada permintaan pengguna yang tinggi, Olike Malaysia akan membuka kedai konsep seumpamanya di pusat beli belah Dataran Pahlawan, Melaka pada 7 Julai ini.

Bagi meraikannya, Olike juga berbesar hati menawarkan promosi bagi produk-produk terpilih dengan potongan harga sehingga 30% bermula pukul 3 petang pada 7 Julai sehingga 9 Julai depan. Bukan setakat itu sahaja, pembeli yang berbelanja melebihi RM150 pada hari pertama pembukaan, akan diberikan hadiah misteri yang bernilai sehingga RM69.

Tambahan lagi, Olike juga mengadakan cabutan bertuah yang menyediakan hadiah seperti perakam kereta, powerbank, pengecas kereta dan selfie stick kepada anda. Tidak terhenti di sini, Olike juga akan memberikan hadiah eksklusif kepada 130 pelanggan pertama, merupakan sebuah powerbank (bernilai RM48) untuk dibawa pulang.

Anda yang berada di Melaka, mari luangkan masa kunjungi kedai konsep Olike di alamat LOT F2-03A, Lower Ground Floor, Dataran Pahlawan, Megamall.