Pra-tempahan vivo X21 Kini Dibuka – Dapatkan Maskot FIFA Edisi Terhad, Hadiah Misteri & 6 Bulan Perlindungan Skrin!

Akhirnya peranti terawal yang menyokong cap jari dalam paparan (In-Display Fingerprint Scanning) iaitu vivo X21 tiba di Malaysia. Ditawarkan pada harga RM2,299, telefon pintar ini akan mula dijual pada 9 Jun 2018.

Kepada yang berminat, anda boleh membuat pra-tempahan bermula 5 Jun sehingga 8 Jun 2018 dan bakal menerima hadiah misteri serta pelindung skrin selama 6 bulan, sementara stok masih ada.

Selain itu, pengguna juga boleh membuat pra-tempahan di Lazada bermula 4 Jun sehingga 30 Jun 2018 (untuk kempen FIFA) untuk mendapatkan maskot FIFA edisi terhad serta 6 bulan perlindungan skrin. Jadi tunggu apa lagi, buat tempahan anda sekarang!

You might also like