
Flash Malaysia dan platform eCommerce terkemuka di Malaysia, Lazada, bergabung tenaga untuk jualan atas talian terbesar tahun ini, acara Online Revolution ini akan bermula dari 11/11/2016 sehingga 14/12/2016. Pelanggan boleh menikmati penjimatan sehingga RM100 apabila mereka membeli peranti Flash Plus 2 dari Lazada bermula 11-13 November 2016 ini.
Antara ciri-ciri unik Flash Plus 2 adalah teknologi pengecasan pantas, pengimbas cap jari dan audio HiFi. Di samping itu, peranti ini juga memiliki pemproses P10 Helio, pilihan RAM 2GB atau 3GB, skrin 5.5 inci dan sistem operasi Android Marshmallow.
Pengguna mempunyai pilihan untuk memilih di antara dua warna – Luna Silver atau Venus Gold. Bersempena dengan acara Online Revolution Lazada, model RAM 2GB dengan memori dalaman 16GB dijual pada harga RM499 (sebelum ini pada RM599) manakala model 3GB RAM dengan memori dalaman 32GB dijual pada harga RM619 (sebelum ini RM729).



